Bab 8: Penyimpanan Makanan dalam Iklim Tropika
Panass dan kelembapan memendekkan jangka hayat makanan kucing. Simpan bijirin dalam bekas kedap udara di tempat sejuk dan kering, jauh daripada cahaya matahari terus, dan kekalkan bungkusan asal di dalam bekas supaya butiran batch dapat dirujuk. Semak tarikh luput sebelum membeli, kerana stok di Malaysia boleh lama dalam gudang panas. Buang makanan basah yang ditinggalkan lebih dua jam, dan sejukkan tin yang sudah dibuka, gunakan dalam tiga hari. Cuci mangkuk setiap hari untuk elak lapisan kuman.
